Secangkir Bicara Pembuka Cerita..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Menghasilkan sebuah nukilan atau karya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan penekanan dari aspek bahasa dan susunan bicara madah. Lebih-lebih lagi kami bukan graduan dari kelas Sastera ketika era persekolahan dan memang cukup kalut dalam penghasilan sesebuah karya.

Namun minat mengatasi segala kemustahilan. Seperti kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sering berkongsi idea dan pendapat juga tunjuk ajar terutamanya kepada isteri tercinta Suzy, sahabat Wazy dan tak lupa buat korang-korang yang banyak memberi dorongan untuk kami terus menghasilkan idea-idea dan pengalaman baru.

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada korang yang rajin melawat blog simple ni dan semoga akan datang lagi cerita-cerita menarik yang akan menghiasi blog ini.

Sekian...

Tuesday, February 23, 2010

Southern Wheel Motorsports Open Autoshow 2010

21 Februari 2010 yang lepas, sebuah program telah diadakan di Tasek Bandar Seri Alam di bawah anjuran Local Agenda 21, MPJBT dan pelbagai lagi agensi-agensi termasuk mereka mengundang Southern Wheel Motorsports untuk menjayakan program mereka. Atas dasar penghargaan ke atas Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, maka Southern Wheel Motorsports telah mengadakan Open Autoshow secara kecil-kecilan.

Pada mulanya kami ada juga mengatur program untuk mengutip derma bagi membantu adik Ammar Danish, akan tetapi kerana kegagalan pihak kami mendapatkan beberapa butiran dan dokumen penting maka sekaligus kami tidak mendapat kebenaran dari pihak berwajib untuk membuat sebarang kutipan derma. Di sini kami memohon maaf kepada semua pihak.

   
Program yang berlangsung sepanjang hari itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk tempatan. Kunjungan yang tidak putus-putus sehingga berakhirnya program sekitar jam 6 petang membuktikan kesungguhan pihak penganjur mengatur acara yang menjadi daya tarikan program.

Bagi acara kami, banyak komen, kritikan dan pujian yang kami terima dari berbagai pihak. Ada juga yang menyangka kereta-kereta yang menyertai autoshow ini adalah untuk dijual. Walaubagaimanapun kami sangat berbangga atas sambutan yang sangat menggalakkan.

 
     

Southern Wheel Motorsports mengucapkan jutaan terima kasih kepada  Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Y.B. Tan Cher Puk, Tuan Haji A. Rahim Latif, Encik Noor Azleen Ambros, urusetia-urusetia Local Agenda 21, MPJBT, penduduk-penduduk Bandar Seri Alam dan sekitarnya serta mereka yang turut menjayakan program ini.

Saturday, February 13, 2010

Valentine : Dari mana ia bermula..

Salam semua..

Tanggal 14 Februari tak kire la tahun ape pun, biasanya pasangan² kekasih akan meraikan hari memperingati kekasih..Ada yang nak hadiahkan bunga, coklat, teddy bear & tak lupe jugak yang kasik hadiah 'bayi' hari kekasih..Elok sangat la tu, sambut hari memperingati kekasih dengan hadiah 'bayi'..



Umum kepada pasangan kekasih yang dah buat preparation nak menyambut Valentine's Day tu, tahukah korang tentang sejarah Hari Valentine ni..? Mari kita bersama renung² kupasan kisah yang berlaku pada 14 Februari beberapa ratus tahun dulu..


Valentine dan Kisah Pengorbanan si Paderi..

Bukankah untuk menunjukkan rasa sayang kita terhadap kawan², kekasih ataupun keluarga kita tak perlu menunggu datangnya 14 Februari, kita boleh menunjukkannya setiap hari..Kita juga tak perlu membazirkan wang ringgit untuk membeli coklat, bunga dan lain² untuk menunjukkan rasa sayang kita tu..Memadailah dengan memberikan perhatian yang tulus..

Beberapa para ahli mengatakan bahawa Valentine itu berkaitan dengan St. Valentine..Dia merupakan seorang paderi Roma yang menolak meninggalkan agama Kristian yang dianutinya..Dia meninggal dunia pada 14 Februari 269 Masihi, bertepatan dengan hari yang dipilih sebagai pelaksaan 'undian cinta'..

Sejarahwan juga mengatakan bahwa St. Valentine sempat meninggalkan ucapan selamat tinggal kepada seorang perempuan yang bersahabat dengannya..Di akhir pesanan itu, dia mencoretkan "Dari Valentine mu"..

Sementara itu sebuah cerita lain mengatakan bahawa St. Valentine adalah seorang paderi yang mengabdikan hidupnya untuk melayani Tuhan di sebuah kuil pada masa pemerintahan Raja Claudius..Dia dipenjarakan atas kelancangannya membantah titah raja..Kemudian bagi memperingati Valentine, pada tahun 496 Masehi, pendeta Gelasius menetapkan 14 Februari sebagai hari penghormatan bagi Valentine.

Akhirnya secara perlahan-lahan, 14 Februari menjadi hari khusus kepada pasangan bercinta dan St. Valentine sekaligus menjadi idola mereka..Hari itu diingati dengan pengiriman puisi cinta dan hadiah sederhana misalnya bunga..

Di Amerika Syarikat, Miss Esther Howland mencatat sejarah sebagai orang pertama yang mengirimkan ucapan Valentine pertama..Hari Valentine mula dirayakan secara besar-besaran bermula pada tahun 1800 dan kini turut diraikan oleh anak² melayu beragama Islam di negara kita..

Fikir² & renung² lah sebelum anda meraikannya..
Thursday, February 11, 2010

Kerana cinta..

Salam semua..


Nak sembang² & bertukar buah fikiran sket la dengan korang semua..Tajuk entry aku kali ni 'Kerana Cinta'..Pergh, macam tajuk lagu popular kumpulan Medicine tu..Cuba korang renung sikit la lirik yang aku nak coretkan sikit² kat sini..


Kerana cinta aku terseksa
Kerna cinta merana
Kerana cinta aku terpedaya
Kini dikau tiada

Apa yang cuba aku selamkan lirik di atas ni ialah berkenaan dengan pengorbanan yang kononnya dibuat 'kerana cinta' ni..Pengorbanan yang aku maksudkan ini ialah menggadaikan kesucian diri yang sepatutnya hanya akan diberikan kepada suami..Bukan nak mengkritik atau menentukan salah siapa, tapi ini adalah realiti bukan fakta..Kebanyakan anak gadis zaman sekarang rata² telah dinodai oleh si lelaki..Kononnya atas dasar cinta..Tapi sayang, tak semua pengorbanan cinta itu berbalas dengan tanggungjawab & kasih sayang, malah lebih ramai yang akhirnya terkapai-kapai sendirian selepas 'cinta' itu hilang..

Logik la aku katakan lirik lagu kumpulan Medicine ni sebenarnya patut dijadikan renungan..Walaupun rata² orang berkata ni lagu jiwang la, lagu leleh la..Tapi cuba korang hayati dari sudut 'double meaning' lirik tu..Zaman sekarang susah nak cari cinta yang betul² ikhlas, rata² semua ada maksud tersirat..Percaya la bahawa kebanyakkan cinta ni berunsur seks semata-mata..

Antara pengalaman aku mengendalikan sesi kaunserling, memang banyak anak gadis datang menceritakan tentang pengorbanan yang mereka lakukan 'kerana cinta'..Ingat! Pengorbanan itu bukan tiket untuk mendapat hak cinta yang kekal hingga ke jinjang pelamin..Pengorbanan itu bukan bukti cinta anda kepada boyfriend² atau tunang² anda..Ikatan pertunangan jugak bukan tiket untuk berzina! Sabda Rasulullah SAW :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Surah al-Israa' : 32)

Dalam tafsir Kalamul Mannan, Syeikh Abdurrahman Nashir As Sa'di berkata : 

"Larangan Allah untuk mendekati zina itu lebih tegas daripada sekadar melarang perbuatannya, bererti Allah melarang semua yang menjurus kepada zina dan mengharamkan seluruh faktor² yang mendorong kepadanya."

Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa zina itu haram hukumnya, malah segala perbuatan yang menghampiri zina itu juga adalah haram..Rasanya tak perlu la dibuktikan cinta tu dengan merelakan diri dinodai..Bukan nak lecture, tapi masing² ada akal & masing² reti beza mana baik mana buruk..Masing² pun ada didikan agama, reti bezakan mana halal mana haram..
Cinta agung kita adalah cinta kepada Allah SWT, cinta sejati kita ialah mencintai kedua ibu & ayah kita..Cinta kita biarlah kepada suami / isteri sahaja, no scandal²..Yang lain tu semua jauhkan ye kawan²..

Adakah ibu dan bapa bayi ini manusia..?

Salam semua..

Tak sudah kita berbicara mengenai isu gejala sosial dikalangan remaja, hari ni pulak aku dikejutkan dengan artikel dari Utusan Malaysia Online ni..Sayunya hati bila aku tengok gambar mayat bayi perempuan ni..Kenapa la tergamak hati ibu & ayahnya membuang dia..? Apa dosa yang dia dah buat..? Apa kesalahan dia pada ibu & bapanya..?


Adakah mereka yang bertanggungjawab membuang bayi ini masih dilabel sebagai manusia..? Memang mereka ni manusia, cuma adakah mereka mempunyai hati & nilai² akal fikiran seperti manusia normal..? Sedih, memang amat menyedihkan..Di mana letaknya kewarasan akal mereka ini..?

Pada pandangan aku, pihak berkuasa serta Jabatan Agama perlu lebih tegas dalam menangani isu ini..Malah enakmen jenayah syariah perlu diperkuatkan bagi mengelakkan keadaan ini terus berleluasa..Ibu & bapa bayi ini perlu diberi hukuman yang berat berlandaskan kesalahan syariah & jenayah..

Apa diorang fikir bayi ni sampah ke nak dibuang..? Biasanya kes macam ni comfirm hasil hubungan seks di luar nikah, sebab tu dibuang..Mustahil sangat kalau bayi ni adalah hasil perkongsian hidup mereka yang sudah sah sebagai suami-isteri..Kalau dah sah tu hilang akal agaknye kalau dibuang jugak..

Pihak berkuasa perlu lebih tegas..Ini soal masa depannyawa anak yang tidak berdosa..Bayi ini terpaksa menjadi korban atau mangsa kepada kebodohan ibu & ayahnya..Apalah dosa bayi ni..? Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada ibu & bapa bayi ini kelak..
Monday, February 8, 2010

Blogger - We Care : Mari Bantu Adik Ammar


Salam semua..Comel kan adik ni..?

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Rasanya aku terpanggil untuk menaip (kalau letak menulis macam tak kena je) artikel ni sebab aku turut merasakan betapa sedihnya bila melihat keadaan adik Ammar Danish..

Adik Ammar memang sudah menghidap heart defect yang dipanggil PDA sejak dia dilahirkan lagi..Menurut doktor, walaupun saluran itu tak tutup (PDA), ia tak akan mengganggu kesihatan Ammar..All the doctor treat it as "silent PDA not a failure"..



Tapi pada 11 Januari 2010, parent kepada Ammar dikejutkan dengan situasi berbeza..Menurut seorang cardiologist (doktor yang kat unit cardio tu) yang membuat scan pada jantung adik Ammar, terdapat masalah pada PDA adik Ammar dan masalah ini perlu dirujuk kepada Institut Jantung Negara (IJN)..Selepas seminggu pemeriksaan dijalankan di IJN, parent Ammar bertemu dengan Pakar yang membuat analisis mengenai keadaan Ammar..Pakar tersebut memberitahu risiko yang bakal Ammar hadapi sekiranya PDA itu dibiarkan begitu sahaja dan Ammar perlu menjalani pembedahan..Bayangkan dalam usianya yang baru mencapai 2 tahun..

Difahamkan untuk menjalani pembedahan ini, keluarga Ammar memerlukan sekitar RM15,000..Bukan suatu jumlah yang kecil..Itu belum termasuk kos² sampingan, suppliment² (ntah betol tak spelling aku ni) & sebagainya..

Sebab terlalu sendu aku baca artikel mengenai adik Ammar Danish, maka pada esok malam aku akan bertemu dan bermesyuarat bersama beberapa NGO dan pengerusi² Kelab Berkereta di Johor ini bagi menganjurkan kutipan derma bagi membantu meringankan beban keluarga adik Ammar..Insyallah, akan dipermudahkan jalan bagi membantu mereka yang dalam kesusahan..


Kepada ibu dan bapa adik Ammar, bersabarlah & tabah hadapi segala ujian..Jangan mudah putus asa, banyakkan berdoa kepada Allah SWT..Di sini kami semua akan sentiasa mencari jalan untuk meringankan beban anda..

Charity program akan aku umumkan tarikh dan lokasi event tersebut diadakan selewat-lewatnya pada hari Khamis ini selepas aku adakan perbincangan dengan mereka² yang berkenaan..

Kawan² yang ingin membuat derma, bolehlah menyalurkan sumbangan anda kepada : Asmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank)..





Sudut Renungan - Kasih sayang seorang lelaki..

Salam semua..

Kehidupan manusia lumrah diuji oleh Allah SWT dengan berbagai ujian dan rintangan..Ada yang berat dan ada yang ringan cuma apa yang pasti setiap permasalahan yang Allah SWT berikan kepada kita ni ada jalan penyelesaiannya..Antara nampak dengan tak nampak je..

Merenung diari hidup aku sepanjang minggu ni, ada 1 kisah penuh duka yang ingin aku kongsikan dengan korang..Bukan berniat membuka aib sesiapa, tetapi jadikanlah ia suatu teladan..Inilah dinamakan ujian Allah SWT..

Dalam tugasan aku memang aku tak dapat lari dari macam² masalah orang..Nasib baik monyet tu tak reti bercakap, kalau tak dia pun nak datang cerita masalah dia..Tapi ada 1 kes ni sangat menarik perhatian aku..Seorang lelaki berusia awal 30an datang dengan wajah penuh kekusutan meminta aku meluangkan sedikit masa mendengar luahannya..

Menurut si lelaki ini, dia sangat berdukacita selepas kegagalan rumahtangganya..Dia juga menceritakan kesedihannya selepas apa yang dibuat oleh isterinya kepada dirinya..Sudah puas dia menangis, sudah puas memujuk-rayu, sudah puas dia mengalah namun si isteri sudah tertutup pintu hatinya..Mereka pernah pergi ke kaunserling keluarga, kononnya untuk menyelamatkan rumahtangga mereka..Tapi sayang, si isteri menceritakan keburukan lelaki itu dan ada juga mengada-adakan perkara yang tidak wujud sama sekali..Maka aku bertanya, benar si lelaki itu tidak membuat perkara yang dimaksudkannya 'diada-adakan' itu..? Dengan beraninya dia bersumpah menyatakan apa yang dikatakan si isteri itu adalah dusta dan dia hanya mendiamkan diri daripada berkata-kata hanya kerana tidak mahu perkara menjadi lebih serius..

Menangisnya si lelaki di hadapanku dan berkata dia bahawa Allah SWT itu maha kuasa, maha adil & maha mendengar..Biarlah perbuatan si isteri itu hanya dibalas oleh Allah SWT..Bercerita si lelaki bahawa si isteri itu mempunyai hubungan sulit dengan sahabat baiknya sendiri yang statusnya pun suami orang..Kalau dah scandal tu nak panggil kawan baik lagi ke..? Dan ditunjukkan kepada aku sms² yang di'forward'kan dari telefon si isteri untuk dibuktikan kepada aku..Mula² agak mencurigakan, tapi setelah diteliti dan mendengar penjelasan si lelaki barulah aku faham..Selama ni si isteri busy ber'sms' dengan scandalnya tu di belakang lelaki ini, lelaki yang merupakan suaminya..Suami beb, bukan boyfriend dia..

Dan bagi menutup kesalahan, si isteri ini menuduh si lelaki ini punca segalanya..Benar lelaki mengakui dia pernah membuat silap dan dia sudahpun insaf, kesal dan dia sudah cuba menjadi yang terbaik..Tapi entah apa fikiran si isteri itu sampaikan bila lelaki ni solat pun dikatanya tidak ikhlas, berpura-pura & macam² lagi la..Malah pada hari kedatangan si lelaki itu berjumpa aku, dia dengan jujur berkata yang dia baru aje meminta dengan baik agar si isteri keluar dari rumah mereka selepas si lelaki terbaca sms yang saling dikirim oleh si isteri dan scandalnya itu..Katanya kalau disimpan dia dayus, nak dilepas pulak sayang..Maka apa yang aku boleh kata, kalau sayang tu biarlah dia lepas dengan bebas..Jangan kerana sayang mahu ditanggung pulak dosa²nya nanti..

Sabda Rasulullah SAW, "Sebenci-benci yang halal bagi Allah SWT ialah talak,"
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasai')

Namun apa yang lebih menghantui si lelaki ni adalah bagaimana hak penjagaan anaknya yang baru berusia 2 tahun..Diceritakan kepada aku betapa dia sayangkan anak perempuan tunggalnya itu..Sape tak sayang anak oiii..Orang bodoh je yang tak sayang anak..

Masalahnya sekarang si anak pulak ditinggalkan di kampung oleh si isteri..Sampaikan si lelaki dihalau oleh mertuanya dan tidak dibenarkan sama sekali datang menjenguk si anak itu..Maka menangis la si lelaki di depan aku sambil menyatakan betapa dia merindui anak tunggalnya itu..Dibukanya video yang sempat dirakamnya suatu ketika dulu telatah anak kecil itu, aku pulak yang sebak bila tengok betapa kuatnya kasih sayang seorang ayah ni..

Menurut si lelaki, demi kasihnya kepada si isteri maka dia akan memikirkan untuk melepaskan si isteri itu akan tetapi dia mahu hak ke atas anaknya itu..Dan lebih mengharukan, si lelaki kata dia tidak akan pernah sekalipun menyimpan rasa dendam atau benci kepada si isteri itu walau bermacam-macam tohmahan, fitnah & keburukan yang si isteri itu buat..

Kawan², kalaulah semua lelaki mempunyai sifat macam si lelaki ni alangkah bagusnya..Dia menempuh ujian yang sangat getir namun dia masih kuat walaupun tidak berdaya..Katanya yang baik untuk diri kita itu masih belum yang terbaik..Katanya ini semua ada hikmah di sebalik ujian Allah SWT..Begitulah kuatnya kasih sayang seorang lelaki sebagai suami & sebagai seorang ayah..Semoga Allah SWT memberikan kemenangan yang bermakna buat dirinya..

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA turunkan hujan petir..Kita bersedih dan mencari-cari ke mana hilangnya matahari..Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi" 

ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha....

Google Chrome - Sepantas kilat..

Salam semua..

Nampaknya aku rasa aku ni macam ketinggalan plak sebab baru diperkenalkan dengan browser "Google Chrome" ni oleh Wazy..Maka aku pun dengan perlahan² men'download' installer tersebut..Siap download, siap install.....Nah!! Selamat Menggunakan Google Chrome..!!





Kepada korang² yang belum lagi menggunakan browser Google Chrome, boleh la cuba menggunakannya..Surfing smooth, ringan & pantas..Setakat ni aku jauh lebih puas hati bila dah pakai Google Chrome ni..

Korang nak mencuba jugak..? Download Installer di sini!!

Selamat menggunakannya & korang sendiri la rasakan kepuasannya..Tak tau plak la kalau korang lebih selesa guna browser lain², tapi pada aku Google Chrome ada keistimewaan tersendiri..
Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA | SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | JANGAN LUPA KLIK NUFFNANG
NO 1658

Rajin² Klik Sini

Blogger - We Care

Mari Bersosial

ShoutMix


ShoutMix chat widget

Followers

Komuniti

border=0
flash clock widgets for blogger