Secangkir Bicara Pembuka Cerita..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Menghasilkan sebuah nukilan atau karya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan penekanan dari aspek bahasa dan susunan bicara madah. Lebih-lebih lagi kami bukan graduan dari kelas Sastera ketika era persekolahan dan memang cukup kalut dalam penghasilan sesebuah karya.

Namun minat mengatasi segala kemustahilan. Seperti kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sering berkongsi idea dan pendapat juga tunjuk ajar terutamanya kepada isteri tercinta Suzy, sahabat Wazy dan tak lupa buat korang-korang yang banyak memberi dorongan untuk kami terus menghasilkan idea-idea dan pengalaman baru.

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada korang yang rajin melawat blog simple ni dan semoga akan datang lagi cerita-cerita menarik yang akan menghiasi blog ini.

Sekian...

Thursday, February 11, 2010

Adakah ibu dan bapa bayi ini manusia..?

Salam semua..

Tak sudah kita berbicara mengenai isu gejala sosial dikalangan remaja, hari ni pulak aku dikejutkan dengan artikel dari Utusan Malaysia Online ni..Sayunya hati bila aku tengok gambar mayat bayi perempuan ni..Kenapa la tergamak hati ibu & ayahnya membuang dia..? Apa dosa yang dia dah buat..? Apa kesalahan dia pada ibu & bapanya..?


Adakah mereka yang bertanggungjawab membuang bayi ini masih dilabel sebagai manusia..? Memang mereka ni manusia, cuma adakah mereka mempunyai hati & nilai² akal fikiran seperti manusia normal..? Sedih, memang amat menyedihkan..Di mana letaknya kewarasan akal mereka ini..?

Pada pandangan aku, pihak berkuasa serta Jabatan Agama perlu lebih tegas dalam menangani isu ini..Malah enakmen jenayah syariah perlu diperkuatkan bagi mengelakkan keadaan ini terus berleluasa..Ibu & bapa bayi ini perlu diberi hukuman yang berat berlandaskan kesalahan syariah & jenayah..

Apa diorang fikir bayi ni sampah ke nak dibuang..? Biasanya kes macam ni comfirm hasil hubungan seks di luar nikah, sebab tu dibuang..Mustahil sangat kalau bayi ni adalah hasil perkongsian hidup mereka yang sudah sah sebagai suami-isteri..Kalau dah sah tu hilang akal agaknye kalau dibuang jugak..

Pihak berkuasa perlu lebih tegas..Ini soal masa depannyawa anak yang tidak berdosa..Bayi ini terpaksa menjadi korban atau mangsa kepada kebodohan ibu & ayahnya..Apalah dosa bayi ni..? Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada ibu & bapa bayi ini kelak..

3 comments:

bhacosem said...

astargfirullah hal azhim..hrp2 bayi nie mati sng..

mmg r..pd mereka yg ske berzina la kan..kalo dh dpt anak xyah r nk p buang plak..mase bwat x pk haram halal..last2 yg jd mngse baby yg mmg x penah bwat dose ape2 pon..T.T

org laen yg xdek kaitan smpai mnanges tgk bende camni berlaku..T.T

sometimes i wonder..mkin pudar ke sifat kemanusiaan kte?? T.T

yanmie said...

Ya Allah siapa punya kerja lah nie...tergamak buat macam nie, nama aje manusia tapi takde akal fikiran. bodos..bengang je ngan hal2 mcm nie, tak pasal2 beby tu jadi mangsa.

hydir said...

benda ni berlaku sbb kita sekarang terlalu bebas .. bebas mengikut hawa nafsu .. bebas dengan kesenangan duniawi .. bebas dari hukum agama ..

Selaku negara Islam, undang2 Islam haruslah menjadi yang tertinggi dan bukannya perlembagaan yg ditinggalkan oleh penjajah. Jika kita tidak laksanakan ajaran Islam dari hati kita dan membuatnya sekadar untuk hiasan dan pujian dunia maka kita sebenarnya menghampiri kemusnahan.

Moga semua sedar bahayanya zina!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA | SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | JANGAN LUPA KLIK NUFFNANG
NO 1658

Rajin² Klik Sini

Blogger - We Care

Mari Bersosial

ShoutMix


ShoutMix chat widget

Followers

Komuniti

border=0
flash clock widgets for blogger