Secangkir Bicara Pembuka Cerita..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Menghasilkan sebuah nukilan atau karya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan penekanan dari aspek bahasa dan susunan bicara madah. Lebih-lebih lagi kami bukan graduan dari kelas Sastera ketika era persekolahan dan memang cukup kalut dalam penghasilan sesebuah karya.

Namun minat mengatasi segala kemustahilan. Seperti kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sering berkongsi idea dan pendapat juga tunjuk ajar terutamanya kepada isteri tercinta Suzy, sahabat Wazy dan tak lupa buat korang-korang yang banyak memberi dorongan untuk kami terus menghasilkan idea-idea dan pengalaman baru.

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada korang yang rajin melawat blog simple ni dan semoga akan datang lagi cerita-cerita menarik yang akan menghiasi blog ini.

Sekian...

Monday, February 8, 2010

Sudut Renungan - Kasih sayang seorang lelaki..

Salam semua..

Kehidupan manusia lumrah diuji oleh Allah SWT dengan berbagai ujian dan rintangan..Ada yang berat dan ada yang ringan cuma apa yang pasti setiap permasalahan yang Allah SWT berikan kepada kita ni ada jalan penyelesaiannya..Antara nampak dengan tak nampak je..

Merenung diari hidup aku sepanjang minggu ni, ada 1 kisah penuh duka yang ingin aku kongsikan dengan korang..Bukan berniat membuka aib sesiapa, tetapi jadikanlah ia suatu teladan..Inilah dinamakan ujian Allah SWT..

Dalam tugasan aku memang aku tak dapat lari dari macam² masalah orang..Nasib baik monyet tu tak reti bercakap, kalau tak dia pun nak datang cerita masalah dia..Tapi ada 1 kes ni sangat menarik perhatian aku..Seorang lelaki berusia awal 30an datang dengan wajah penuh kekusutan meminta aku meluangkan sedikit masa mendengar luahannya..

Menurut si lelaki ini, dia sangat berdukacita selepas kegagalan rumahtangganya..Dia juga menceritakan kesedihannya selepas apa yang dibuat oleh isterinya kepada dirinya..Sudah puas dia menangis, sudah puas memujuk-rayu, sudah puas dia mengalah namun si isteri sudah tertutup pintu hatinya..Mereka pernah pergi ke kaunserling keluarga, kononnya untuk menyelamatkan rumahtangga mereka..Tapi sayang, si isteri menceritakan keburukan lelaki itu dan ada juga mengada-adakan perkara yang tidak wujud sama sekali..Maka aku bertanya, benar si lelaki itu tidak membuat perkara yang dimaksudkannya 'diada-adakan' itu..? Dengan beraninya dia bersumpah menyatakan apa yang dikatakan si isteri itu adalah dusta dan dia hanya mendiamkan diri daripada berkata-kata hanya kerana tidak mahu perkara menjadi lebih serius..

Menangisnya si lelaki di hadapanku dan berkata dia bahawa Allah SWT itu maha kuasa, maha adil & maha mendengar..Biarlah perbuatan si isteri itu hanya dibalas oleh Allah SWT..Bercerita si lelaki bahawa si isteri itu mempunyai hubungan sulit dengan sahabat baiknya sendiri yang statusnya pun suami orang..Kalau dah scandal tu nak panggil kawan baik lagi ke..? Dan ditunjukkan kepada aku sms² yang di'forward'kan dari telefon si isteri untuk dibuktikan kepada aku..Mula² agak mencurigakan, tapi setelah diteliti dan mendengar penjelasan si lelaki barulah aku faham..Selama ni si isteri busy ber'sms' dengan scandalnya tu di belakang lelaki ini, lelaki yang merupakan suaminya..Suami beb, bukan boyfriend dia..

Dan bagi menutup kesalahan, si isteri ini menuduh si lelaki ini punca segalanya..Benar lelaki mengakui dia pernah membuat silap dan dia sudahpun insaf, kesal dan dia sudah cuba menjadi yang terbaik..Tapi entah apa fikiran si isteri itu sampaikan bila lelaki ni solat pun dikatanya tidak ikhlas, berpura-pura & macam² lagi la..Malah pada hari kedatangan si lelaki itu berjumpa aku, dia dengan jujur berkata yang dia baru aje meminta dengan baik agar si isteri keluar dari rumah mereka selepas si lelaki terbaca sms yang saling dikirim oleh si isteri dan scandalnya itu..Katanya kalau disimpan dia dayus, nak dilepas pulak sayang..Maka apa yang aku boleh kata, kalau sayang tu biarlah dia lepas dengan bebas..Jangan kerana sayang mahu ditanggung pulak dosa²nya nanti..

Sabda Rasulullah SAW, "Sebenci-benci yang halal bagi Allah SWT ialah talak,"
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasai')

Namun apa yang lebih menghantui si lelaki ni adalah bagaimana hak penjagaan anaknya yang baru berusia 2 tahun..Diceritakan kepada aku betapa dia sayangkan anak perempuan tunggalnya itu..Sape tak sayang anak oiii..Orang bodoh je yang tak sayang anak..

Masalahnya sekarang si anak pulak ditinggalkan di kampung oleh si isteri..Sampaikan si lelaki dihalau oleh mertuanya dan tidak dibenarkan sama sekali datang menjenguk si anak itu..Maka menangis la si lelaki di depan aku sambil menyatakan betapa dia merindui anak tunggalnya itu..Dibukanya video yang sempat dirakamnya suatu ketika dulu telatah anak kecil itu, aku pulak yang sebak bila tengok betapa kuatnya kasih sayang seorang ayah ni..

Menurut si lelaki, demi kasihnya kepada si isteri maka dia akan memikirkan untuk melepaskan si isteri itu akan tetapi dia mahu hak ke atas anaknya itu..Dan lebih mengharukan, si lelaki kata dia tidak akan pernah sekalipun menyimpan rasa dendam atau benci kepada si isteri itu walau bermacam-macam tohmahan, fitnah & keburukan yang si isteri itu buat..

Kawan², kalaulah semua lelaki mempunyai sifat macam si lelaki ni alangkah bagusnya..Dia menempuh ujian yang sangat getir namun dia masih kuat walaupun tidak berdaya..Katanya yang baik untuk diri kita itu masih belum yang terbaik..Katanya ini semua ada hikmah di sebalik ujian Allah SWT..Begitulah kuatnya kasih sayang seorang lelaki sebagai suami & sebagai seorang ayah..Semoga Allah SWT memberikan kemenangan yang bermakna buat dirinya..

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA turunkan hujan petir..Kita bersedih dan mencari-cari ke mana hilangnya matahari..Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi" 

ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA | SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | JANGAN LUPA KLIK NUFFNANG
NO 1658

Rajin² Klik Sini

Blogger - We Care

Mari Bersosial

ShoutMix


ShoutMix chat widget

Followers

Komuniti

border=0
flash clock widgets for blogger