Secangkir Bicara Pembuka Cerita..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Menghasilkan sebuah nukilan atau karya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan penekanan dari aspek bahasa dan susunan bicara madah. Lebih-lebih lagi kami bukan graduan dari kelas Sastera ketika era persekolahan dan memang cukup kalut dalam penghasilan sesebuah karya.

Namun minat mengatasi segala kemustahilan. Seperti kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sering berkongsi idea dan pendapat juga tunjuk ajar terutamanya kepada isteri tercinta Suzy, sahabat Wazy dan tak lupa buat korang-korang yang banyak memberi dorongan untuk kami terus menghasilkan idea-idea dan pengalaman baru.

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada korang yang rajin melawat blog simple ni dan semoga akan datang lagi cerita-cerita menarik yang akan menghiasi blog ini.

Sekian...

Saturday, February 6, 2010

Kulit Sensitif..

Salam semua..

Adoyai..Macam mana agaknye nak menghilangkan masalah kulit sensitif ni ek..? Dah macam² krim aku pakai, dah macam² pakar aku jumpe tapi still belum menampakkan result yang memuaskan..Rasenye la kalau aku kira² berapa banyak krim yang aku dah pakai ni kalau dikumpul boleh jejak 1 tong besar tu..Tapi nampaknya tidak berjaya la..

Segalanye bermula mase aku sekolah dulu, zaman di awal kemunculan jerawat la..Aku pun try la 1 produk jenama **y tu..Masa tu iklan bukan main lagi hangat kat TV, so aku pun mencuba la..Hasilnya jerawat tumbuh dengan suburnya di muka ku ini..Haish..

Orang kata tu memang kesan awal bile pakai produk tu, tapi nampaknye ia memang kesan awal cuma tiada penghujungnya..Akibatnya aku pun mencampakkan produk tersebut ke tong sampah terdekat..

Bermula dari kejadian tu, kulit aku jadik sensitif..Bukan je jerawat, tapi aku jadik allergic plak sekarang..Terpaksa menjauhi makanan laut berhantu itu..Waa, ade tak produk terbaik untuk menghentikan masalah ini..??

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA | SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | JANGAN LUPA KLIK NUFFNANG
NO 1658

Rajin² Klik Sini

Blogger - We Care

Mari Bersosial

ShoutMix


ShoutMix chat widget

Followers

Komuniti

border=0
flash clock widgets for blogger