Secangkir Bicara Pembuka Cerita..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Menghasilkan sebuah nukilan atau karya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan penekanan dari aspek bahasa dan susunan bicara madah. Lebih-lebih lagi kami bukan graduan dari kelas Sastera ketika era persekolahan dan memang cukup kalut dalam penghasilan sesebuah karya.

Namun minat mengatasi segala kemustahilan. Seperti kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sering berkongsi idea dan pendapat juga tunjuk ajar terutamanya kepada isteri tercinta Suzy, sahabat Wazy dan tak lupa buat korang-korang yang banyak memberi dorongan untuk kami terus menghasilkan idea-idea dan pengalaman baru.

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada korang yang rajin melawat blog simple ni dan semoga akan datang lagi cerita-cerita menarik yang akan menghiasi blog ini.

Sekian...

Thursday, February 11, 2010

Kerana cinta..

Salam semua..


Nak sembang² & bertukar buah fikiran sket la dengan korang semua..Tajuk entry aku kali ni 'Kerana Cinta'..Pergh, macam tajuk lagu popular kumpulan Medicine tu..Cuba korang renung sikit la lirik yang aku nak coretkan sikit² kat sini..


Kerana cinta aku terseksa
Kerna cinta merana
Kerana cinta aku terpedaya
Kini dikau tiada

Apa yang cuba aku selamkan lirik di atas ni ialah berkenaan dengan pengorbanan yang kononnya dibuat 'kerana cinta' ni..Pengorbanan yang aku maksudkan ini ialah menggadaikan kesucian diri yang sepatutnya hanya akan diberikan kepada suami..Bukan nak mengkritik atau menentukan salah siapa, tapi ini adalah realiti bukan fakta..Kebanyakan anak gadis zaman sekarang rata² telah dinodai oleh si lelaki..Kononnya atas dasar cinta..Tapi sayang, tak semua pengorbanan cinta itu berbalas dengan tanggungjawab & kasih sayang, malah lebih ramai yang akhirnya terkapai-kapai sendirian selepas 'cinta' itu hilang..

Logik la aku katakan lirik lagu kumpulan Medicine ni sebenarnya patut dijadikan renungan..Walaupun rata² orang berkata ni lagu jiwang la, lagu leleh la..Tapi cuba korang hayati dari sudut 'double meaning' lirik tu..Zaman sekarang susah nak cari cinta yang betul² ikhlas, rata² semua ada maksud tersirat..Percaya la bahawa kebanyakkan cinta ni berunsur seks semata-mata..

Antara pengalaman aku mengendalikan sesi kaunserling, memang banyak anak gadis datang menceritakan tentang pengorbanan yang mereka lakukan 'kerana cinta'..Ingat! Pengorbanan itu bukan tiket untuk mendapat hak cinta yang kekal hingga ke jinjang pelamin..Pengorbanan itu bukan bukti cinta anda kepada boyfriend² atau tunang² anda..Ikatan pertunangan jugak bukan tiket untuk berzina! Sabda Rasulullah SAW :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Surah al-Israa' : 32)

Dalam tafsir Kalamul Mannan, Syeikh Abdurrahman Nashir As Sa'di berkata : 

"Larangan Allah untuk mendekati zina itu lebih tegas daripada sekadar melarang perbuatannya, bererti Allah melarang semua yang menjurus kepada zina dan mengharamkan seluruh faktor² yang mendorong kepadanya."

Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa zina itu haram hukumnya, malah segala perbuatan yang menghampiri zina itu juga adalah haram..Rasanya tak perlu la dibuktikan cinta tu dengan merelakan diri dinodai..Bukan nak lecture, tapi masing² ada akal & masing² reti beza mana baik mana buruk..Masing² pun ada didikan agama, reti bezakan mana halal mana haram..
Cinta agung kita adalah cinta kepada Allah SWT, cinta sejati kita ialah mencintai kedua ibu & ayah kita..Cinta kita biarlah kepada suami / isteri sahaja, no scandal²..Yang lain tu semua jauhkan ye kawan²..

1 comments:

Anonymous said...

dari satu sudut, saya setuju dgn saudara..tapi dalam masa yang sama kalau dilihat betul2 pada bait2 lirik yang saudara katakan ianya tidak hanya terjurus kepada wanita yang mengorbankan kesucian kerana cinta..kalau kita lihat tentu ada sebab kenapa si wanita meninggalkan kekasihnya...
dari satu sudut yg lain pula, mungkin mereka ( samaada lelaki atau perempuan ) zaman ini sanggup membuat apa sahaja untuk mendapat cinta.....
satu contoh yang nyata sekaraang ini kejadian2 lari dari rumah mengikut kekasih, meninggalkan alam persekolahan kerana kekasih, membelakangkan keluarga kerana kekasih, menipu keluarga kerana kekasih dan macam2 lagilah ( mcm contoh Lombok lah....tapi sekarang, malaysia pun dah banyak yang kita dengar ).wallahualam....
apa pun saya sokong entry saudara selagi ianya dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada generasi diluar sana yang mungkin masih mencari diri dan masih belum menemuinya....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA | SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SHOUTBOX UNTUK KUNJUNGAN BALAS | JANGAN LUPA KLIK NUFFNANG
NO 1658

Rajin² Klik Sini

Blogger - We Care

Mari Bersosial

ShoutMix


ShoutMix chat widget

Followers

Komuniti

border=0
flash clock widgets for blogger